Haa..ni nak bagitahu sikit ni, lepas ini kalau anda ke Penang terutamanya Georgetown dah tak payah pening kepala nak cari tempat menginap, datang & check in saja di M Summit 191 Executive Suites Penang kerana hotel ini terletak betul-betul di depan Komtar & kalau teringin nak makan nasi kandar boleh pergi ke Restoran Deen Maju yang berada tak jauh dari hotel. Yang menariknya, lobi hotel ini terletak di tingkat 14 dengan pemandangan Komtar & di tingkat ini jugalah terdapat Gymnasium & Business Centre. Lagi satu keunikkan hotel ini adalah tempat parking bertingkat yang mana anda bersama-sama kereta akan menaiki lif untuk pergi ke tempat parking. Mengenai suites pula, terdapat 6 jenis suites yang anda boleh pilih bergantung kepada kesesuaian tujuan penginapan anda. Suites hotel ini sangat luas & selesa siap ada living hall & kitchen. Kemudahan lain yang turut disediakan seperti perkhidmatan wifi, projektor, skrin, tv, printer, scanner & macam-macam lagi. Jadi kalau datang ke Penang pastikan anda menginap di hotel ini kerana lokasi strategik, harga sangat berpatutan, servis & perkhidmatan terbaik.